awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ibu pejabat PBB di New York dibuka semula

Bernama
Bernama
21/07/2020
03:42 MYT
Ibu pejabat PBB di New York dibuka semula
Pada hari bekerja biasa, kira-kira 11,000 orang termasuk kakitangan PBB, perwakilan dan pelawat memasuki bangunan ibu pejabat PBB di New York. - Gambar fail
Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York pada Isnin memulakan fasa pertama pembukaan semula selepas ditutup selama empat bulan berikutan penularan COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
"Fasa pertama bermaksud tidak lebih 400 orang akan berada di pejabat pada hari tertentu," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric, dalam satu taklimat.
"Setakat ini, kami mempunyai kira-kira 200 hingga 300 petugas dan perwakilan PBB yang sudah kembali bekerja," tambah beliau.
"Jadi, pertambahan kepada 400 agak sedikit dan tidak menunjukkan banyak perbezaan," kata Dujarric sambil menambah fasa kedua akan dilaksanakan secara bertahap.
Pada hari bekerja biasa, kira-kira 11,000 orang termasuk kakitangan PBB, perwakilan dan pelawat memasuki bangunan ibu pejabat itu.
New York City masuk fasa keempat pembukaan semula pada Isnin .
Sebelum ini, semua kakitangan di ibu pejabat PBB di New York, diminta bekerja dari rumah bermula 16 Mac dan 12 April, kemudian dilanjutkan hingga 30 April, 31 Mei, 30 Jun dan 31 Julai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Antonio Guterres
#buka semula
#COVID-19
#koronavirus
#New York
#PBB
#pembukaan semula ekonomi
#Stephane Dujarric
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan