awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India ketinggalan dalam revolusi Internet

AFP
AFP
21/03/2013
07:39 MYT
India ketinggalan dalam revolusi Internet
Pengerusi Google Eric Schmidt telah memberi amaran bahawa India telah ketinggalan teruk ke belakang dalam memanfaatkan kuasa internet kerana kegagalannya untuk melabur dalam rangkaian telekomunikasi berkelajuan tinggi.
“India juga ketinggalan dalam model servis perkhidmatan web yang mana seluruh dunia sedang mengamalkannya,” Schmidt memberitahu saluran televisyen CNBC-TV18 pada Rabu malam semasa lawatan ke India.
“Ia adalah penting bagi India untuk melabur dan membolehkan sambungan Internet gentian pantas dalam negara, dan antara negara-negara lain,” katanya.
Apabila diminta untuk menjelaskan mengapa hanya 150 juta daripada 1.2 bilion penduduk India mempunyai akses kepada internet, beliau berkata bahawa kerajaan mungkin leka disebabkan kejayaan negara dalam menghasilkan syarikat perisian dan IT yang besar.
“Jangkaan saya ialah dengan berpuas hati dengan kejayaan besar IT, kerajaan India dan kepimpinan telah membuat kesilapan yang sama syarikat akan lakukan, mereka berpuas hati dengan kejayaan sebelum,” beliau berkata.
Pakar mengatakan India telah menikmati revolusi telekom yang telah membawa telefon bimbit murah kepada majoriti negara, tetapi sambungan internet yang pantas kekal terhad kepada minoriti kecil di bandar.
Selain perlahan dalam melancarkan rangkaian gentian optik, usahawan internet juga mengadu bahawa persekitaran yang tidak menentu telah menghalang pembangunan perniagaan internet, kata pakar.
Schmidt berada di New Delhi untuk acara pertama "Google Big Tent" yang akan diadakan di India, satu forum yang membawa bersama penggubal polisi dan pakar-pakar internet.
Topic Berkaitan
#Eric Schmidt
#Google
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan