awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024

Bernama
Bernama
08/02/2025
23:20 MYT
Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Majoriti pelancong asing yang berkunjung ke Indonesia pada 2024 datang dari Malaysia, diikuti Australia, Singapura, China, dan Timor-Leste. - Gambar hiasan
JAKARTA: Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023, menurut kenyataan Kementerian Pelancongan pada Sabtu, lapor Xinhua.
Menteri Pelancongan Widiyanti Putri menyifatkan pencapaian ini sebagai hasil dasar berkesan yang dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran Presiden Prabowo Subianto.
"Dalam tempoh 100 hari pertama, kerajaan berjaya mengekalkan pertumbuhan kedatangan pelancong asing, yang terus meningkat berbanding tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan itu.
Beliau berkata kestabilan politik dan sosial di Indonesia, serta kepelbagaian produk pelancongan berasaskan alam semula jadi, menjadikan negara ini destinasi yang selamat dan menarik bagi pelawat antarabangsa.
Menurut data Badan Pusat Statistik (BPS), majoriti pelancong asing yang berkunjung ke Indonesia pada 2024 datang dari Malaysia, diikuti Australia, Singapura, China, dan Timor-Leste.
Pemangku Ketua BPS Amalia Adininggar Widyasanti memaklumkan bahawa perbelanjaan purata setiap pelancong sepanjang lawatan mereka di Indonesia adalah sekitar AS$1,391, dengan sebahagian besar dibelanjakan untuk penginapan, makanan, dan minuman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelancongan
#Prabowo Subianto
#100 hari pertama
#destinasi selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan