awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel

Bernama
Bernama
02/11/2023
11:01 MYT
Insiden pengeboman di Gaza, Angelina Jolie bersuara kutuk Israel
Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin. - Gambar fail/EPA
RAMALLAH: Pelakon terkenal Amerika Syarikat yang juga bekas wakil khas Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie mengecam tindakan Israel yang menyerang kem pelarian Jabalia di Gaza dua hari lalu, hingga mengorbankan ratusan penduduk Palestin.
Bintang Hollywood berusia 48 tahun itu menyiarkan mesej menerusi hantaran di Instagram, beserta foto yang memaparkan kediaman penduduk di Jabalia yang "lenyap" sepenuhnya dibedil pesawat pejuang Israel, sambil berkata:
"Ini adalah pengeboman disengajakan terhadap penduduk yang terperangkap, yang tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri. Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan kini tempat pengebumian beramai-ramai".
"40 peratus daripada mereka yang terbunuh adalah kanak-kanak yang tidak bersalah. Seluruh anggota keluarga dibunuh. Ketika dunia sedang memerhati dan dengan sokongan aktif pelbagai kerajaan, berjuta-juta rakyat Palestin - kanak-kanak, wanita, keluarga - tidak dibela dan dihina, sebaliknya dihukum dengan kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," lapor agensi berita Palestin (WAFA) memetik kenyataan Jolie.
Pemimpin dunia juga terlibat dalam jenayah ini kerana enggan menuntut gencatan senjata kemanusiaan dan menyekat Majlis Keselamatan PBB, katanya.
Hampir 9,000 orang terbunuh manakala lebih 22,000 lagi cedera dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#kutuk Israel
#pengeboman di Gaza
#kem pelarian Jabalia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan