awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah

Sinar Harian
Sinar Harian
09/05/2024
11:35 MYT
AS-Israel tidak sehaluan lagi kerana ofensif Rafah
Rejim Zionis tidak mempedulikan desakan komuniti antarabangsa malah terus mengerahkan unit kereta kebal ke sempadan bandar Rafah yang didakwa menjadi markas terakhir pejuang Hamas. - Gambar fail/ AP
HUBUNGAN Amerika Syarikat (AS) dan Israel semakin tegang selepas Presiden Joe Biden memberi amaran tegas tentang rancangan ofensif berskala besar itu.
Menerusi pengumuman terbaharu, Biden berikrar mahu membekukan penghantaran bekalan senjata kepada sekutunya jika Israel meneruskan kempen pencerobohan ke atas bandar paling selatan Gaza itu.
Rejim Zionis dalam satu kenyataan menyifatkan amaran AS itu sebagai 'amat mengecewakan' berikutan Washington pernah menzahirkan sokongan penuh pada fasa awal peperangan tersebut.
Pada Rabu, Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin juga mengesahkan laporan Washington menghentikan pemindahan 'sejumlah besar' bekalan senjata kepada Israel setelah pentadbiran Biden terus dikecam banyak pihak.
Sehingga kini, rejim Zionis tidak mempedulikan desakan komuniti antarabangsa malah terus mengerahkan unit kereta kebal ke sempadan bandar tersebut yang didakwa menjadi markas terakhir pejuang Hamas.
Pada awal minggu lalu, Rumah Putih turut mengutuk tindakan Israel yang kini mengawal lintasan sempadan Rafah hingga menyebabkan gangguan kepada penghantaran bekalan kemanusiaan ke wilayah tersebut.
“Orang awam menjadi korban bom yang dihantar oleh AS. Ia jelas tindakan yang salah. Kami tidak lagi akan bekalkan senjata dan peluru,” tegas Biden.
Dalam perkembangan berkaitan, rundingan untuk melaksanakan gencatan senjata disambung lagi di Kaherah dan akan turut disertai barisan pejuang Palestin termasuk Jihad Islam. - Sinar Harian/ Agensi
Topic Berkaitan
#kekejaman israel
#hubungan AS-israel
#tidak sehaluan
#Joe Biden
#bekal senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan