awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran tutup perniagaan swasta selepas protes besar-besaran
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
Bekas ketua polis dakwa Trump tahu tingkah laku Epstein sejak 2006 – Dokumen FBI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan

Astro Awani
Astro Awani
21/05/2025
11:00 MYT
Itali desak Israel henti serangan ke atas Gaza, buka laluan bantuan kemanusiaan
Antonio Tajani (foto) menegaskan keperluan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, serta memaklumkan bahawa 52 rakyat Palestin telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali untuk rawatan. -Gambar fail/Reuters
ITALI sekali lagi menggesa Israel untuk menghentikan serangan ke atas Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan memasuki wilayah Palestin yang terkepung, susulan laporan terbaharu mengenai keadaan kritikal di kawasan tersebut.

Ringkasan AI
  • Itali menggesa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza dan membuka semua laluan bantuan kemanusiaan, susulan laporan mengenai keadaan kritikal rakyat Palestin di wilayah tersebut.
  • Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, menegaskan keperluan gencatan senjata dan pembebasan tebusan, serta memaklumkan bahawa 52 rakyat Palestin telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali untuk rawatan.
  • Gesaan ini hadir ketika tekanan diplomatik terhadap Israel meningkat, dengan laporan serangan terbaharu di Gaza mengorbankan sekurang-kurangnya 42 orang dan penahanan 20 individu di Tebing Barat oleh pasukan keselamatan Israel.

Menteri Luar Itali, Antonio Tajani, dalam satu kenyataan di platform X, menegaskan bahawa Israel perlu segera menghentikan operasi ketenteraan yang melibatkan orang awam dan membuka semua laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan.
Il Governo italiano continua a seguire i civili colpiti dalla guerra. Un nuovo gruppo di 52 cittadini palestinesi di #Gaza è stato trasferito in Giordania. Sono parenti dei palestinesi già arrivati in Italia con le precedenti evacuazioni sanitarie dalla Striscia. Arriveranno
— Antonio Tajani (@Antonio_Tajani) May 21, 2025
"Saya sekali lagi menyeru Israel untuk menghentikan operasi ketenteraan yang melibatkan orang awam dan segera membuka semua laluan bagi membolehkan bantuan kemanusiaan masuk.
"Kami mahukan gencatan senjata dan pembebasan tebusan: perang di Gaza mesti dihentikan," kata Tajani.
Selain itu, Tajani turut mengumumkan bahawa seramai 52 rakyat Palestin, yang merupakan saudara-mara kepada mereka yang dipindahkan dari Gaza ke Itali untuk rawatan perubatan, telah dipindahkan ke Jordan dan akan dibawa ke Itali dalam masa terdekat.
Gesaan Itali ini hadir di tengah-tengah tekanan diplomatik yang semakin meningkat terhadap Israel, dengan beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis dan Kanada turut mendesak pembukaan semula laluan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Dalam pada itu, laporan Al Jazeera menyebut bahawa serangan di Gaza telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 42 orang dalam tempoh 24 jam terakhir.
Dalam satu insiden di kem Nuseirat, serangan udara Israel mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang.
Sementara itu, di kawasan kejiranan Jabalia, serangan di tempat parkir telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan puluhan yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Gaza.
Di Tebing Barat yang diduduki, pasukan keselamatan Israel telah menahan 20 orang dalam serbuan sejak malam tadi, menurut Persatuan Tahanan Palestin.
Antara yang ditahan termasuk tiga wanita serta beberapa bekas tahanan.
Topic Berkaitan
#bantuan kemanusiaan
#Gaza
#menteri luar itali
#Antonio Tajani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan