awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rezeki sekampung: Jurutera lonjak pelancongan desa di Jeram
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kakitangan televisyen Tunisia bantah dasar editorial

Bernama
Bernama
12/03/2022
09:44 MYT
Kakitangan televisyen Tunisia bantah dasar editorial
Sebahagian daripda petugas media yang berdemonstrasi menuntut pihak berkuasa berhenti mencampuri tugas wartawan dan menghentikan sebarang cubaan menyekat suara pembangkang. - Twitter @xlr_media
TUNIS: Puluhan pekerja stesen televisyen (TV) rasmi Tunisia pada Jumaat berhimpun membantah tindakan pihak editorial menjadikan agenda Presiden Tunisia Kais Saied sebagai dasar stesen TV itu.
Penunjuk perasaan memegang sepanduk menuntut pihak berkuasa berhenti mencampuri tugas wartawan dan menghentikan sebarang cubaan menyekat suara pembangkang, dengan melantik Awatef al-Dali sebagai pengarah baharu stesen televisyen itu, lapor agensi Anadolu.
"TV Tunisia telah mengikut telunjuk pihak berkuasa dan hanya bersuara untuk satu pihak, serta mengenepikan suara lain," kata Naib Presiden kesatuan wartawan Tunisia, Amira Mohamed.
Beliau berkata al-Dali menolak sebarang program yang mengetengahkan perbezaan pandangan politik atau ekonomi.
#Tunisia journalists, photojournalists and employees of @Watania_Tunisia, on Friday, staged a protest outside the seat of the TV, to express their attachment to the independence of its editorial line and denounce any attempts by ruling power to intervene in newsroom work. pic.twitter.com/l55IKM1LZ9
— XLR Media (@xlr_media) March 11, 2022
Pada Julai lalu, Saied dilaporkan telah merombak kerajaan, menggantung Parlimen dan mengambil alih kuasa eksekutif, di tengah-tengah kemarahan rakyat susulan ekonomi merudum dan lumpuhnya sistem politik.
Walaupun Saied menegaskan "langkah luar biasanya itu bertujuan menyelamatkan negara", pengkritik menuduhnya sebagai dalang terhadap rampasan kuasa.
Tunisia dilihat satu-satunya negara yang berjaya melaksanakan peralihan demokrasi dalam kalangan negara Arab.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunisia
#protes
#dasar editorial
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan