awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Syria: Legasi 50 tahun Assad tumbang

Sinar Harian
Sinar Harian
08/12/2024
11:30 MYT
Konflik Syria: Legasi 50 tahun Assad tumbang
Kumpulan pembebas kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu. - Gambar/ Reuters
“Kami mengisytiharkan Damsyik kini 'bebas' daripada cengkaman pemerintahan diktator Parti Baath di bawah legasi Assad selama lebih lima dekad.”
Pengumuman itu dibuat puak pemberontak diketuai Hayat Tahrir al-Sham (HTS) pada Ahad selepas pakatan mereka kini menguasai ibu kota Syria dalam tempoh 11 hari setelah melancarkan serangan mengejut pada 27 November lalu.
“Jenayah dilakukan rejim Presiden Bashar al-Assad selama 24 tahun termasuk perang saudara sepanjang 13 tahun juga sudah berakhir. Tempoh gelap sejak pentadbiran bapanya, Hafez al-Assad sejak 1971 sudah tamat dan kini bermulanya era baharu buat Syria,” jelas pakatan itu lagi yang juga membebaskan tahanan mangsa ketidakadilan rejim Assad dari penjara.
Kejatuhan Assad turut diraikan penduduk yang berhimpun dan berarak di ibu kota.
Sejak 2018, ia merupakan kali pertama puak penentang Assad mara ke Damsyik setelah tentera kerajaan merampas semula kawasan pinggir ibu kota tersebut yang dikepung selama bertahun-tahun susulan perang saudara yang berlarutan di negara itu.
Sementara itu, Komander Pasukan Demokratik Syria (SDF), puak pembangkang disokong Amerika Syarikat (AS) yang mengawal bahagian timur laut negara itu mengalu-alukan detik bersejarah kejatuhan rejim autoritarian Assad.
“Momen ini memberi peluang untuk membina Syria baharu berdasarkan demokrasi dan keadilan yang menjamin hak rakyat,” kata Mazloum Abdi.
Pada malam sebelumnya, puak pemberontak turut menawan bandar ketiga terbesar, Homs yang terletak di persimpangan penting antara Damsyik dan wilayah Latakia serta Tartus yang menjadi pangkalan strategik Tentera Laut Rusia.
Susulan kemaraan HTS bersama sekutunya, penduduk di ibu kota dilaporkan melakukan pembelian panik manakala ribuan cuba melarikan diri ke sempadan untuk memasuki Lubnan meskipun situasi keselamatan di sana juga masih tidak menentu.
Perkembangan konflik di Damsyik menyebabkan Qatar, Arab Saudi, Jordan, Mesir, Iraq, Iran, Turkiye dan Rusia mengeluarkan kenyataan bersama untuk menzahirkan kebimbangan serta menggesa penyelesaian politik, meskipun belum ada sebarang langkah konkrit dipersetujui memandangkan situasi di negara itu berubah secara drastik.
Perang saudara yang meletus pada 2011 sebagai simbol penentangan terhadap pemerintahan Assad telah mengheret campur tangan kuasa besar dan membawa kepada kewujudan puak pemberontak bersenjata serta jutaan penduduk terpaksa menjadi pelarian di negara-negara jiran. - Sinar Harian/ Agensi
INFO:
  • HTS yang berasal daripada cabang al-Qaeda mengawal sebahagian besar kawasan barat laut Syria.
  • Pada 2017, ia menubuhkan 'kerajaan penyelamat' untuk mengendalikan hal ehwal di wilayah tersebut.
  • Sejak beberapa tahun lalu, pemimpinnya, Abu Mohammed al-Golani cuba mengubah imej HTS dengan memutuskan hubungan dengan al-Qaeda, menyingkirkan anggota yang 'ekstrem' dan berikrar untuk menerima pluralisme serta toleransi agama.
  • Terdapat spekulasi yang mendakwa pakatan HTS menerima bantuan asing untuk menumbangkan Assad.
  • Rejim Assad menggelar kumpulan bersenjata itu sebagai 'pengganas' sejak Mac 2011.
Topic Berkaitan
#Syria
#perang saudara
#Bashar al-Assad
#kerajaan syria tumbang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan