awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Dunia Islam puji rancangan Kanada, Malta dan Portugal untuk iktiraf Palestin

Bernama
Bernama
01/08/2025
20:00 MYT
Liga Dunia Islam puji rancangan Kanada, Malta dan Portugal untuk iktiraf Palestin
Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammad Al-Issa memuji pengumuman itu sebagai satu langkah penting ke arah yang betul. - Gambar fail/Facebook MWLOrg.En
MAKKAH: Liga Dunia Islam (MWL) mengalu-alukan pengumuman oleh Kanada, Malta dan Portugal berhubung hasrat mereka untuk mengiktiraf Negara Palestin pada bulan September ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung MWL, Dr Mohammad Al-Issa memuji pengumuman itu sebagai satu langkah penting ke arah yang betul.
Beliau menegaskan, pengumuman itu turut mencerminkan pendirian yang sah dan bertanggungjawab dalam menyokong hak di sisi sejarah dan perundangan rakyat Palestin, serta merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan menyeluruh, adil dan berkekalan di rantau itu.
Al-Issa turut menyeru semua negara agar menunaikan tanggungjawab mereka dalam menangani ketidakadilan yang dihadapi oleh rakyat Palestin.
Beliau menggesa agar negara-negara berada di pihak yang benar dalam sejarah, menyokong keabsahan antarabangsa dan berusaha menamatkan tragedi kemanusiaan serta kesannya yang berbahaya terhadap rantau dan dunia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Liga Dunia Islam
#iktiraf Palestin
#Kanada
#Malta
#Portugal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan