awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Masa tidak menentu: Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN akan perkukuh kerjasama - PM Wong

Bernama
Bernama
04/04/2025
20:00 MYT
Masa tidak menentu: Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN akan perkukuh kerjasama - PM Wong
Pada Jan lalu, Wong diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, sempena lawatan rasmi beliau selama dua hari ke Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong mengadakan perbincangan melalui telefon semalam bagi membincangkan perkembangan penting di rantau ini, termasuk tarif terbaharu Amerika Syarikat.
Kedua-dua pemimpin juga berbincang mengenai situasi kemanusiaan di Myanmar susulan gempa bumi yang melanda negara ASEAN itu minggu lepas.
"Singapura akan terus bekerjasama rapat dengan Malaysia dan rakan-rakan ASEAN lain untuk memperdalam integrasi ekonomi serantau dan terus terlibat secara konstruktif dengan rakan dagang global," kata Wong dalam satu hantaran di Facebook.
Wong, yang juga Menteri Kewangan Singapura berkata dalam keadaan tidak menentu ini, kerjasama dan solidariti antara Singapura, Malaysia dan negara jiran ASEAN lain adalah lebih penting berbanding sebelum ini.
Beliau turut menyampaikan ucapan Salam Aidilfitri kepada Anwar semasa panggilan itu berlangsung.
"Saya menantikan perbincangan secara bersemuka apabila kami bertemu sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Kuala Lumpur bulan depan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#ASEAN
#Lawrence Wong
#tarif Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan