awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Murid prasekolah Korea Utara kini diwajib ambil subjek cerita kehebatan Kim Jong-un

Agensi
Agensi
17/09/2020
04:13 MYT
Murid prasekolah Korea Utara kini diwajib ambil subjek cerita kehebatan Kim Jong-un
Mata pelajaran yang mula diperkenalkan pada 25 Ogos lalu itu antara lain adalah untuk memupuk kepercayaan dan kesetiaan kepada kepimpinan Korea Utara. - Gambar fail
Murid prasekolah di Korea Utarakini diwajibkan untuk mengikuti mata pelajaran Greatness Education (Kehebatan Pendidikan) yang menceritakan mengenai kehebatan pemimpin negara itu, Kim Jong-un selama 90 minit pada setiap hari.
Lapor Daily NK yang berpusat di Seoul melaporkan, arahan itu datang daripada adik perempuan pemimpin itu, Kim Yo Jong.
Menurut laporan itu, mata pelajaran yang mula diperkenalkan pada 25 Ogos lalu itu antara lain adalah untuk memupuk kepercayaan dan kesetiaan kepada kepimpinan Korea Utara.
Sebelum ini, murid prasekolah hanya perlu mengikuti kelas berkenaan selama 30 minit sahaja.
Antara lain kandungan kurikulum itu menceritakan mengenai perjalanan hidup Jong-un ketika berusia lima tahun, dia seorang anak yang bijak, gemar membaca dan menaiki kapal layar.
Sebelum ini dilaporkan, Jong-un bakal ‘berkongsi kuasa’ dengan adiknya, Yo-jong yang akan mengawasi urusan am termasuk bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS).
Perkhidmatan Risikan Kebangsaan (NIS) di Seoul mendedahkan keputusan untuk memindahkan lebih banyak kuasa kepada wanita berusia 32 tahun itu jelas menunjukkan beliau sebagai pemimpin de facto kedua di Pyongyang.
Bagaimanapun, Jong-un masih memegang kuasa mutlak untuk menentukan sebarang keputusan.
Topic Berkaitan
#education
#Greatness Education
#Kim Jong-un
#Kim Yo Jong
#Korea Utara
#North Korea
#Pyongyang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan