awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM

Bernama
Bernama
05/11/2024
23:15 MYT
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Jika Ishiba dilantik semula, beliau akan membentuk kabinet kedua. - Foto REUTERS
TOKYO: Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum, kata jurucakap tertinggi kerajaan pada Selasa, dengan Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba dijangka dilantik semula pada hari yang sama.
Ketua Setiausaha Kabinet Yoshimasa Hayashi memaklumkan kepada Ahli Parlimen daripada parti pemerintah dan pembangkang yang bertanggungjawab terhadap urusan Diet mengenai jadual sidang empat hari itu, lapor Xinhua.
Seorang pemimpin parti mesti memperoleh sokongan majoriti di parlimen untuk dilantik sebagai perdana menteri. Jika tiada calon yang melebihi ambang itu, pemilihan akan diteruskan ke pusingan kedua, dan calon yang memperoleh kerusi terbanyak akan dilantik.
Parti Demokratik Perlembagaan Jepun, yang dipimpin oleh Yoshihiko Noda, menyaksikan peningkatan kerusi dalam pilihan raya Dewan Perwakilan bulan lepas tetapi masih belum mencapai majoriti.
Walaupun gabungan pemerintah Jepun terdiri daripada Parti Demokratik Liberal (LDP) dan rakan kongsinya, Komeito, kehilangan majoriti dalam pilihan raya umum, Ishiba, yang juga Presiden LDP, dijangka kekal memegang jawatan itu kerana dijangka mendapat sokongan lebih besar daripada pesaing utamanya di parlimen, lapor Kyodo News.
Menurut Perlembagaan, kabinet semasa Ishiba akan meletakkan jawatan apabila Diet bersidang untuk sesi khas yang mesti diadakan dalam tempoh 30 hari selepas pilihan raya umum. Kedua-dua dewan akan mengadakan undian baharu untuk memilih perdana menteri.
Jika Ishiba dilantik semula, beliau akan membentuk kabinet kedua.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#sesi khas Parlimen
#Shigeru Ishiba
#pemilihan semula
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan