awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali

Sinar Harian
Sinar Harian
07/12/2024
00:40 MYT
Pelajar maut selepas didenda 'squat jump' 100 kali
Jenazah dibawa untuk disemadikan di kampung halamannya. - Foto Sinar Harian/Agensi
MEDAN: Seorang guru Sekolah Menengah Pertama (SMP) 1 STM Hiling, Kabupaten Deli Serdang yang dikenali sebagai SW, bakal didakwa atas kesalahan menghukum seorang pelajarnya, Rindu Syahputra Sinaga,14, melakukan 'squat jump' sebanyak 100 kali sehingga meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Deli Serdang, Raphael Sandy Cahya Priambodo berkata, suspek bakal dikenakan hukuman penjara maksimun 15 tahun penjara.
"Suspek akan dikenakan hukuman menurut Pasal 80 Ayat 3 UU RI No 35 Tahun 2014, pindaan atas UU RI No 23 Tahun 2002 tentang Perlindungan Anak. Ancaman hukuman maksimum 15 tahun penjara," katanya kepada wartawan pada Isnin lalu.
Sebelum itu, dalam kejadian pada 19 November lalu, mangsa, Rindu Syahputra Sinaga bersama lima pelajar lain dihukum melakukan 'squat jump' oleh suspek kerana gagal menghafal nama-nama nabi.
Mangsa kemudiannya dilaporkan sakit di bahagian paha dan demam hingga meninggal dunia di sebuah hospital pada 26 September lalu.
Sebelum itu, ibu mangsa, Yuliana berkata, anaknya ada berpesan supaya gurunya itu dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.
"Anak saya waktu masih sakit bilang 'mak penjarakan lah guru itu mak, jangan biarkan dia bebas,". - Sinar Harian memetik agensi
Topic Berkaitan
#pelajar maut
#squat jump
#hafal nama nabi
#penjara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan