awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif jemput Anwar lawat Pakistan

Bernama
Bernama
05/03/2024
01:30 MYT
Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif jemput Anwar lawat Pakistan
Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz (gambar) menjemput Perdana Menteri Malaysia, Anwar untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon. - Gambar fail REUTERS
NEW DELHI: Perdana Menteri baharu Pakistan, Shehbaz Sharif menjemput Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melawat negaranya semasa kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan bilateral yang lebih teguh melalui panggilan telefon.
Anwar telah menelefon Shehbaz pada Isnin untuk mengucapkan tahniah kepadanya kerana dilantik Perdana Menteri ke-24 Pakistan.
"Perdana Menteri telah mengundang Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk melawat Pakistan. Sambil menerima undangan itu, Perdana Menteri Malaysia juga telah menjemput PM Shehbaz Sharif untuk melawat negaranya," lapor agensi berita negara itu Associated Press of Pakistan (APP).
Kedua-dua mereka menekankan kepentingan pertukaran tingkat tinggi secara berkala untuk membina hubungan yang lebih utuh antara Pakistan dan Malaysia.
Selain hubungan bilateral, kedua-dua pemimpin juga membincangkan situasi di Gaza, menurut laporan APP.
Shehbaz menghadapi cabaran berat untuk menstabilkan ekonomi dan menenangkan ketegangan politik antara kerajaan gabungan yang dipimpin oleh parti beliau Liga Muslim-Nawaz (PML-N) dan pembangkang Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) bekas perdana menteri Imran Khan.
Tiada parti yang mendapat majoriti mudah di Dewan Perundangan selepas pilihan raya 8 Feb lepas.
Shehbaz dipilih ke jawatan tertinggi pada Ahad dengan sokongan daripada parti-parti lain, termasuk Parti Rakyat Pakistan (PPP). - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Shehbaz Sharif
#perdana menteri pakistan
#PM Anwar Ibrahim
#lawat Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan