awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu siasatan bebas pembunuhan di Gaza - EU

Agensi
Agensi
31/03/2018
21:46 MYT
Perlu siasatan bebas pembunuhan di Gaza - EU
Ketua diplomatik EU, Federica Mogherini berkata penggunaan peluru hidup sepatutnya disiasat dalam satu siasatan bebas dan telus. - Gambar fail REUTERS/Francois Lenoir
Kesatuan Eropah (EU) menggesa satu siasatan bebas diadakan terhadap penggunaan peluru hidup oleh tentera Israel sewaktu pertembungan di Gaza yang menyebabkan 16 penduduk Palestin maut.
Ketua diplomatik EU, Federica Mogherini berkata penggunaan peluru hidup sepatutnya disiasat oleh satu badan siasatan yang bebas dan telus.
"EU meratapi mangsa terkorban dan menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa.
"Kebebasan bersuara dan berhimpun adalah hak asasi yang perlu dihormati," katanya dalam kenyataan.
Dalam pertempuran pada Jumaat, sekurang-kurangnya 16 rakyat Palestin maut dengan ratusan lagi dilaporkan cedera.
BACA: Ketegangan di sempadan Gaza-Israel memuncak, puluhan warga Palestin maut
BACA: Tentera Israel guna gas pemedih sekat kemaraan rakyat Palestin
Sementara itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan pihaknya menerima ratusan pesakit dengan kebanyakkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditembak.
"Kami menerima 290 kes, kebanyakkan mereka adalah kesan tembakan peluru hidup di bahagian bawah badan namun ada sesetengah kes mereka ditembak di kepala dan dada," kata Dr Ayman Sahbani.
Tentera Israel dalam kenyataan sebelum ini mendakwa mereka melepaskan tembakan gas pemedih mata dan peluru hidup ke arah warga Palestin dengan alasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Topic Berkaitan
#EU
#Gaza
#Israel
#maut
#Palestine
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan