awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2025
16:18 MYT
PM Kanada, Justin Trudeau letak jawatan sebagai Ketua Parti Liberal
Trudeau bagaimanapun berkata, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pemimpin baharu dipilih. - Reuters
PERDANA Menteri Kanada, Justin Trudeau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ketua Parti Liberal pada awal pagi Isnin waktu tempatan.
Dalam sidang media sebentar tadi, Trudeau bagaimanapun berkata, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga pemimpin baharu dipilih.
Jelas pemimpin berusia 53 tahun itu, keputusan meletak jawatan dibuat selepas berbual panjang dengan keluarganya.
"Negara ini berhak mendapat pilihan lain pada pilihan raya akan datang," katanya dalam sidang media yang disiar BBC.
Menjawab pertanyaan wartawan, Trudeau berkata satu kekesalannya ketika menggalas jawatan Perdana Menteri adalah kegagalannya memperkenalkan reformasi pilihan raya.
Tahap populariti Trudeau merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan pemerintah pentadbirannya terselamat daripada beberapa undi tidak percaya dan para pengkritik menggesa agar beliau meletak jawatan.
Trudeau berikrar untuk terus berkhidmat bagi membimbing Parti Liberal hingga ke pilihan raya yang dijadual diadakan pada Oktober 2025.
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#perdana menteri kanada
#letak jawatan
#Parti Liberal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan