awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
Pesta Songkran bermula di Thailand ketika suhu dijangka cecah 40 darjah Celsius
BTS mulakan jelajah dunia Arirang dengan 132,000 peminat di Goyang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Singapura keluarkan amaran penipu gunakan imej 'deepfake' beliau promosi produk, perkhidmatan

Bernama
Bernama
07/03/2025
14:14 MYT
PM Singapura keluarkan amaran penipu gunakan imej 'deepfake' beliau promosi produk, perkhidmatan
Lawrence Wong mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam talian dan tidak menjadi mangsa penipuan. - Facebook Lawrence Wong
SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan imej "deepfake" beliau yang digunakan oleh penipu untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan, termasuk skim menjana wang dan perkhidmatan permohonan pemastautin tetap.
Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam talian dan tidak menjadi mangsa penipuan.
"Ada antara anda yang telah melaporkan kepada saya, dan saya sendiri turut melihatnya di ruangan media sosial saya. Jangan sesekali memberi respons kepada penipuan ini atau berkongsi maklumat peribadi anda. Anda boleh melaporkannya melalui ScamShield: https://www.scamshield.gov.sg/," katanya dalam hantaran di laman media sosialnya pada Jumaat.
Wong turut menggesa mereka yang menjadi mangsa penipuan supaya membuat laporan polis.
Ini bukan kali pertama imej "deepfake" Wong digunakan oleh penipu untuk mempromosikan produk.
The Straits Times (ST) melaporkan pada 2023 bahawa satu video "deepfake" Wong, ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, digunakan untuk mempromosikan skim pelaburan palsu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lawrence Wong
#PM Singapura
#deepfake
#promosi produk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan