awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis buru lelaki tembak penumpang kereta api bawah tanah

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2022
03:20 MYT
Polis buru lelaki tembak penumpang kereta api bawah tanah
Seorang penumpang dilihat berjalan di sebuah stesen kereta api bawah tanah di New York. - Foto fail/REUTERS
NEW YORK: Seorang penumpang kereta api bawah tanah terkorban selepas ditembak seorang lelaki tidak dikenali di New York pada Ahad.
Kejadian berlaku ketika Kereta Api Q sedang melintasi Jambatan Manhattan pada jam 11.40 pagi waktu tempatan.
Menurut Ketua Polis NYPD, Kenneth Cole, selepas kejadian suspek melarikan diri sebaik kereta api berkenaan tiba di stesen Canal Street.
"Siasatan awal mendapati suspek mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak mangsa dari jarak dekat tanpa provokasi.
"Mangsa juga didapati tidak mengenali suspek sebelum kejadian," katanya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Bellevue namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.
Siasatan kini sedang dijalankan termasuk penelitian kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek.
Bulan lalu, lebih 20 individu cedera selepas seorang lelaki melepaskan tembakan rambang di dalam kereta api bawah tanah di Brooklyn.
Suspek dikenal pasti sebagai Frank James dan siasatan mendapati dia mempunyai pelbagai rekod kes jenayah lampau serta penyakit mental.
Pada Januari pula, seorang penumpang wanita maut dilanggar tren selepas ditolak ke landasan oleh seorang lelaki yang mengidap penyakit schizophrenia.
Topic Berkaitan
#tembak
#kereta api bawah tanah
#maut
#pistol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan