awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tembak mati suspek kes tembakan Tahun Baharu Cina

Astro Awani
Astro Awani
23/01/2023
00:30 MYT
Polis tembak mati suspek kes tembakan Tahun Baharu Cina
Sebuah van yang dikepung anggota polis di Torrance. - Foto REUTERS
LOS ANGELES: Polis di California, Amerika Syarikat (AS) menembak mati suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
Pertempuran berlaku pada Ahad ketika suspek dikatakan berada dalam sebuah van di Torrance, Los Angeles, lapor Los Angeles Times.
Rakaman media menunjukkan mayat seorang lelaki di bahagian pemandu.
Dalam kejadian pada Sabtu, 10 individu terkorban selepas seorang lelaki melepaskan tembakan ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park.
Siasatan mendapati suspek dipercayai seorang lelaki berketurunan Asia berusia antara 30 hingga 50 tahun.
Sejurus selepas kejadian, polis menyiarkan poster suspek yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Pihak berkuasa turut menyiasat serangan itu dengan satu lagi serangan yang berlaku di dewan tari berhampiran selang 20 minit selepas kejadian.
Motif serangan masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#suspek
#pertempuran
#Tahun Baharu Cina
#van
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan