awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat

Bernama
Bernama
18/12/2024
13:15 MYT
Presiden Yoon gagal hadir untuk disoal siasat
Percubaan untuk mengeluarkan saman kepada Yoon gagal minggu ini selepas pejabatnya enggan menerimanya atau mengembalikan surat itu, lapor agensi berkenaan. - Gambar fail/Reuters/Kim Hong-Ji
SEOUL: Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Rabu gagal mematuhi perintah hadir untuk disoal siasat berhubung percubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Pasukan penyiasat bersama yang terdiri daripada polis, Pejabat Siasatan Rasuah bagi Pegawai Berpangkat Tinggi dan unit siasatan kementerian pertahanan telah meminta Yoon menghadirkan diri untuk disoal siasat, lapor agensi berita Yonhap.
Percubaan untuk mengeluarkan saman kepada Yoon gagal minggu ini selepas pejabatnya enggan menerimanya atau mengembalikan surat itu, lapor agensi berkenaan.
Pada Sabtu, Parlimen Korea Selatan mengundi untuk mendakwa Yoon, hampir dua minggu selepas cubaan beliau untuk melaksanakan undang-undang tentera gagal.
Perdana Menteri Han Duck Soo telah memangku tugas presiden sehingga Mahkamah Perlembagaan membuat keputusan muktamad sama ada untuk mengesahkan pemecatan Yoon atau mengisytiharkan tindakan pemecatan itu bertentangan dengan perlembagaan.
Mahkamah telah menetapkan 27 Disember sebagai tarikh prosiding pemecatan. Masih tidak jelas sama ada Yoon akan hadir pada pendengaran itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Pertahanan
#Rasuah
#saman
#pasukan penyiasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan