awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Revolusi mental Jokowi-JK bantu Indonesia atasi negara jiran

Bernama
Bernama
02/07/2014
14:11 MYT
Revolusi mental Jokowi-JK bantu Indonesia atasi negara jiran
Calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi (kiri) bersama calon gandingannya Jusuf Kalla (kanan). -gambar fail
Cadangan konsep revolusi mental oleh calon Presiden, Joko Widodo atau Jokowi dan calon gandingan Jusuf Kalla akan membantu Indonesia mengatasi Singapura dan Malaysia dalam pembangunan kerana program ini memberi tumpuan bukan semata-mata kepada pendidikan tetapi juga membina perwatakan. Menurut jurucakap pasukan kempen Jokowi-Kalla, Hasto Kristiyanto, revolusi mental akan mewujudkan semangat integriti, kebijaksanaan dan berkhidmat kepada negara dalam kalangan rakyat Indonesia. "Revolusi mental adalah penyelesaian bagi mengatasi masalah kekurangan kita dalam kapasiti sumber yang meletakkan kita di belakang Malaysia dan Singapura," kata beliau seperti dilaporkan oleh agensi berita Antara di sini pada Rabu. Menurut Program bagi Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA) 2012, kajian di seluruh dunia mengenai pencapaian akademik pelajar dalam matematik, sains dan membaca, meletakkan Indonesia pada tempat ke-64 daripada 65 negara. Sebaliknya, Malaysia berada di tempat ke-52 sementara Singapura disenaraikan di tangga kedua selepas China.
Hasto berkata satu daripada cara gandingan Jokowi-Kalla akan melaksanakan revolusi mental ialah dengan mengutamakan kualiti pengajaran di bilik darjah dengan meletakkan pendidik sebagai satu daripada tonggak negara. Beliau berkata berbuat demikian bukan sahaja akan meningkatkan kebajikan kanak-kanak dengan pendidikan yang lebih baik tetapi juga membantu dalam pembangunan negara. "Revolusi mental mesti dilaksanakan oleh kerajaan yang bersih daripada rasuah. Program ini tidak dapat berfungsi melalui pentadbiran Prabowo Subianto-Hatta Rajasa kerana beberapa daripada orang mereka terlibat dalam rasuah," kata beliau. Suryadharma Ali, pengerusi Partai Persatuan Pembangunan (PPP), anggota gabungan Prabowo-Hatta, pada Mei lepas dinamakan sebagai suspek dalam kes rasuah oleh Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK). Walaupun terus membuat ikrar untuk memerangi rasuah, calon presiden Prabowo belum meminta Suryadharma menarik diri daripada pasukan kempen dan gabungan.
Hasto berkata revolusi mental akan melahirkan lebih ramai warganegara yang patriotik yang akan mengecam keras rasuah dan membantu memerangi rasuah. Beliau berkata jika ini dapat dilaksanakan, maka barulah gaji penjawat awam dapat dinaikkan.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Jokowi
#Jusuf Kalla
#Pemilu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan