awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan khianat dan tembakan gegar selatan Thailand - Polis

Bernama
Bernama
24/02/2018
04:43 MYT
Serangan khianat dan tembakan gegar selatan Thailand - Polis
Kejadian kebakaran akibat perbuatan khianat dan serangan melubatkan senjata api dilaporkan berlaku di Pattani dan Narathiwat. - Google Maps
BEBERAPA kejadian serangan khianat terhadap premis ekonomi and insiden tembakan berlaku di wilayah Narathiwat dan Pattani di selatan Thailand malam tadi, tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan, menurut polis.
Ketua Polis Narathiwat Kol Pol Jarueng Thammakan berkata, dua kebakaran besar berlaku di pusat beli-belah terkenal di wilayah itu yang terletak di Jalan Ranget Makha dan Jalan Jamroon Nara, mengakibatkan kerugian jutaan Baht.
"Puluhan jentera bomba dikejarkan ke kedua-dua lokasi kejadian dan mengambil masa antara dua hingga empat jam untuk memadam kebakaran. Pusat beli-belah ini pernah menjadi mangsa pada serangan bom pada 2012," katanya kepada pemberita hari ini.
Di Pattani pula, insiden membakar tayar di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Pattani-Narathiwat turut berlaku malam tadi, disusuli dengan beberapa insiden tembakan terhadap pos-pos kawalan keselamatan.
Insiden tembakan terhadap pos kawalan keselamatan itu berlaku di Telok Krai Thong, Kalapor dan Saiburi di wilayah terbabit tetapi tidak mengakibatkan sebarang kecederaan dan kematian, menurut pegawai keselamatan setempat.
Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab terhadap serangan bersenjata itu, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#khianat
#polis
#selatan thailand
#serangan
#tembakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan