awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan tentera pendudukan, peneroka haram Israel di Tebing Barat makin meningkat

Bernama
Bernama
28/09/2025
10:33 MYT
Serangan tentera pendudukan, peneroka haram Israel di Tebing Barat makin meningkat
Kejadian itu adalah sebahagian daripada langkah sistematik yang menambah penderitaan rakyat Palestin melalui sekatan yang ketat. - AP
BAITULMUQADDIS: Orang awam Palestin di beberapa kawasan Tebing Barat yang diduduki cedera, ditahan dan diserang oleh tentera pendudukan serta peneroka haram Israel, lapor Agensi Berita Qatar (QNA) memetik Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS).
PRCS berkata kejadian itu adalah sebahagian daripada langkah sistematik yang menambah penderitaan rakyat Palestin melalui sekatan yang ketat dan kawalan berterusan terhadap kehidupan harian mereka.
PRCS melaporkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera selepas dilanggar kenderaan tentera Israel di bandar Jericho dan telah dibawa ke hospital untuk rawatan.
Di Beitunia, barat Ramallah, tentera pendudukan Israel menahan tiga rakyat Palestin dalam satu serbuan, menurut sumber keselamatan Palestin.
Sumber sama menambah bahawa peneroka haram Israel turut menyerang dengan kejam seorang lagi kanak-kanak di kawasan Ein Jariot berhampiran Beitunia sehingga dia tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital.
Sementara itu, di Baitulmuqaddis yang diduduki, tentera pendudukan Israel menyerbu bandar Kafr Aqab di utara bandar itu dan melepaskan gas pemedih mata. Tiada kecederaan dilaporkan, menurut sumber tempatan.
Tebing Barat terus menyaksikan ketegangan yang semakin meningkat berikutan perluasan penempatan haram Israel dan tindakan ketenteraan Israel.
Keadaan semakin meruncing sejak tentera Israel melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza pada Oktober 2023.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#pendudukan
#Gaza
#Tebing Barat
#peneroka haram
#sekatan
#Palestin
#tentera Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami