awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sri Lanka mansuh larangan ke atas Qatar Charity

Bernama
Bernama
01/07/2022
00:50 MYT
Sri Lanka mansuh larangan ke atas Qatar Charity
Kanchana Wijesekera (dua kiri) bersama pegawai Qatar Charity selepas mengadakan pertemuan di Doha. - Foto Twitter/Kanchana Wijesekera
NEW DELHI: Sri Lanka memaklumkan kerajaan telah menarik balik larangan ke atas Qatar Charity, sebuah pertubuhan kemanusiaan terkemuka yang telah dikenakan sekatan pada 2019.
Menteri Sumber dan Tenaga Sri Lanka Kanchana Wijesekera telah mengadakan pertemuan dengan pegawai Qatar Charity di Doha pada Rabu dan membincangkan gerak kerja organisasi itu di Sri Lanka.
"Kementerian Pertahanan telah memaklumkan kepada Peguam Negara larangan ke atas organisasi itu telah ditarik balik," kata Wijesekera menerusi ciapannya pada Khamis.
Bergelut untuk mendapatkan bekalan bahan api, ubat-ubatan dan barangan keperluan lain akibat krisis kewangan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Sri Lanka telah menghubungi negara-negara Islam yang kaya itu untuk mendapatkan bantuan.
Qatar Charity telah membantu 29 juta orang dan melaksanakan projek pembangunan bernilai AS$1.2 bilion di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun lalu, berdasarkan maklumat di laman sesawangnya.
Wijesekera, turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Buruh Qatar Ali Bin Saeed Bin Smaikh Al Marri untuk meneroka peluang pekerjaan baharu bagi rakyat Sri Lanka.
Dalam pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Tenaga Qatar, Saad Bin Sherida Al Kaabi sebelum ini, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai pembekalan produk petroleum, gas petroleum cecair (LPG) dan gas asli cecair (LNG).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sri Lanka
#Qatar Charity
#tarik balik larangan
#Kanchana Wijesekera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan