awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suami wartawan senior Indonesia, Najwa Shihab, meninggal dunia

Agensi
Agensi
20/05/2025
09:34 MYT
Suami wartawan senior Indonesia, Najwa Shihab, meninggal dunia
Ibrahim, 47, meninggal dunia akibat strok di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Otak Nasional, di Jakarta Timur. - Instagram Narasi Newsroom
JAKARTA: Suami kepada wartawan senior Indonesia Najwa Shihab, Ibrahim Assegaf, meninggal dunia kira-kira jam 2.30 petang waktu tempatan, Selasa.
Ibrahim, 47, meninggal dunia akibat strok di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Otak Nasional, di Jakarta Timur.
Memetik portal berita Kompas.com, khabar duka itu disahkan oleh Ketua Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) Ulil Abshar Abdalla atau dikenali dengan panggilan Gus Ulil.
Lulusan fakulti undang-undang Melbourne University, Australia itu semasa hayatnya bekerja dengan firma guaman Assegaf Hamzah & Partners.
Isterinya, Najwa, merupakan personaliti media yang terkenal dan disegani dalam dunia kewartawanan Indonesia. Beliau sering mencuri tumpuan di republik itu dengan penyampaian berita, wawancara dan laporan investigatif yang menyebelahi rakyat serta bertunjangkan keadilan sosial.
Rancangan temu bual Mata Najwa merupakan antara program kendaliannya yang paling banyak mendapat sorotan umum, lantaran keberaniannya bertanyakan soalan-soalan bernas, provokatif dan sensitif kepada panel undangan, yang lazimnya terdiri daripada para menteri, pihak berkuasa dan pemimpin masyarakat.
View this post on Instagram
A post shared by Najwa Shihab (@najwashihab)
Hasil perkongsian hidup Ibrahim dan Najwa dikurniakan dengan cahaya mata, Izzat, serta Namiyah (yang telah meninggal dunia sewaktu kecil).
Menerusi akaun Instagram Narasi Newsroom, sebuah syarikat produksi media yang turut dirintis oleh Najwa, ucapan belasungkawa turut disampaikan:
"Telah berpulang Ibrahim Sjarief bin Husein Ibrahim Assegaf, selaku Komisaris Utama Narasi dan suami dari pendiri Narasi, Najwa Shihab."
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kediaman keluarga di Cilandak Timur, Jakarta Selatan dan upacara pengebumian akan dijalankan pada Rabu di Taman Pemakaman Umum Jeruk Purut.
Topic Berkaitan
#suami najwa shihab
#ibrahim assegaf
#personaliti media
#meninggal dunia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan