awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla panggil semula semua Cybertruck kerana masalah pedal pemecut

Amanz
Amanz
21/04/2024
07:45 MYT
Tesla panggil semula semua Cybertruck kerana masalah pedal pemecut
Tesla tidak boleh membaiki masalah itu melalui perisian semata-mata, sebaliknya memerlukan pelanggan membawa Cybertruck ke pusat khidmat dan membaikinya tanpa sebarang kos tambahan. - Gambar/ Amanz
TESLA kini memanggil semula semua Cybertruck yang telah dikeluarkan, disebabkan oleh masalah pada pedal pemecut. Mengikut badan penguat kuasa di Amerika Syarikat, dikatakan pedal pemecut berkenaan boleh tersangkut - sekali gus membawa kepada risiko kemalangan.
Sebelum ini, beberapa pengguna telah melaporkan perkara sama. Malah, difahamkan Tesla telah menghentikan penghantaran kenderaan baharu kepada pelanggan dalam mengatasi masalah berkenaan. Pemanggilan semula ini melibatkan kenderaan yang telah dihasilkan antara November 2023 sehingga April 2024, melibatkan sekitar 3,878 Cybertrucks.
Masalah ini dikatakan timbul disebabkan ketika pemasangan, mereka menggunakan sabun untuk memasang pad pada pedal pemecut – sekali gus membawa kepada kekurangan ketahanan pad pada pedal berkenaan.
Berbeza dengan beberapa masalah sebelum ini, Tesla tidak boleh membaiki masalah ini melalui perisian semata-mata, sebaliknya memerlukan pelanggan membawa Cybertruck ke pusat khidmat dan membaikinya tanpa sebarang kos tambahan. - Amanz
Topic Berkaitan
#Tesla
#Cybertruck
#tarik balik
#masalah pedal pemecut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan