awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM kerjasama SFO UK siasat transaksi RM2.5 bilion IJM Corp - Azam Baki
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Thailand tidak bercadang perluas kawasan darurat

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
19/10/2020
13:30 MYT
Thailand tidak bercadang perluas kawasan darurat
Pada Ahad, protes telah merebak ke beberapa daerah di luar Bangkok. -AP
BANGKOK:Thailand tidak bercadang untuk memperluaskan kawasan darurat meskipun protes mega mendesak Perdana Menteri, Paryuth Chan-ocha meletak jawatan sedang berlangsung di seluruh negara.
Polis bagaimanapun sedang berusaha untuk mengawal keadaan dan menyuraikan protes.
Thailand mengeluarkan perintah melarang perhimpunan awam lebih daripada empat orang di Bangkok, melarang penyebaran berita palsu yang menjejaskan keselamatan negara dan memberikan kuasa yang luas kepada pihak berkuasa untuk menahan orang.
Pada Ahad, protes telah merebak ke beberapa daerah di luar Bangkok.
Prayuth menegaskan, buat masa ini darurat hanya dikuatkuasakan di Bangkok.
"Tidak ada rancangan untuk memperluaskan perintah darurat.
"Kerajaan sedang berusaha untuk bertolak ansur sebaik yang mungkin.
"Saya meminta kepada semua penunjuk perasaan supaya tidak merosakkan harta benda kerajaan dan harta persendirian, jangan buat sesuatu yang salah dan paling penting, jangan mencetuskan pertempuran," ujarnya.
Jelasnya, tanggungjawab kerajaan adalah melindungi sistem monarki negara.
Beliau pada masa sama, menyeru para penunjuk perasaan supaya mengadakan protes dengan aman.
Antara lain beliau turut memaklumkan, kerajaan terbuka untuk mengadakan sidang Parlimen luar biasa bagi mencari jalan keluar untuk situasi semasa.
Topic Berkaitan
#Thailand
#Bangkok
#polis
#Perdana Menteri
#Penunjuk perasaan
#protes
#protes mega
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan