awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada kes mpox 'clade 1' dikesan di Arab Saudi

Bernama
Bernama
18/08/2024
04:00 MYT
Tiada kes mpox 'clade 1' dikesan di Arab Saudi
Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak daripada pergi ke negara di mana wabak mpox telah dilaporkan. - Gambar/ Reuters
RIYADH: Pihak Berkuasa Kesihatan Awam Arab Saudi (Weqaya) mengumumkan bahawa tiada kes cacar monyet (mpox) 'clade 1', strain bertanggungjawab terhadap kecemasan kesihatan awam baru-baru ini yang dikesan di negara itu.
Walaupun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan peningkatan kes mpox di seluruh dunia sebagai kecemasan kesihatan awam global, Arab Saudi kekal tidak terjejas, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Weqaya menekankan kekuatan dan keberkesanan sektor kesihatan negara itu yang bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai risiko kesihatan.
Kerajaan telah melaksanakan langkah pencegahan yang komprehensif untuk meningkatkan pemantauan, mencegah penularan virus dan melindungi kesihatan rakyatnya.
Menurut pihak berkuasa itu, strategi pencegahannya termasuk kempen kesedaran, penyiasatan epidemiologi, dan tindak balas yang diselaraskan terhadap penyakit berjangkit dengan kesan epidemiologi.
Langkah-langkah itu direka untuk memastikan tindak balas yang pantas dan berkesan terhadap sebarang kemungkinan wabak.
Weqaya juga menggesa orang ramai untuk bergantung kepada sumber maklumat rasmi dan mengelak daripada menyebarkan atau mempercayai khabar angin daripada sumber yang tidak boleh dipercayai.
Orang ramai dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelak daripada pergi ke negara di mana wabak mpox telah dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#monkey pox
#mpox
#cacar monyet
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan