awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba

Bernama
Bernama
08/11/2024
15:56 MYT
Tiada korban akibat Taufan Rafael - Presiden Cuba
Keutamaan tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas. - X: @embacubajapon
HAVANA: Presiden Cuba, Miguel Diaz-Canel mengesahkan pada Khamis, tiada laporan kehilangan nyawa akibat Taufan Rafael di Cuba, lapor agensi berita Cuba, Prensa Latina.
Dalam mesyuarat terkini Majlis Pertahanan Nasional Cuba, beliau menekankan, keutamaan kini tertumpu kepada usaha pemulihan di wilayah barat Cuba iaitu Artemisa, Havana, dan Mayabeque, yang merupakan kawasan paling terjejas.
Beliau juga menegaskan pentingnya memastikan orang ramai sentiasa mendapat maklumat yang tepat semasa proses pemulihan.
Prensa Latina melaporkan Artemisa menjadi kawasan paling terjejas, terutama hospital, sekolah, pusat perkhidmatan, rumah, dan talian elektrik.
Sementara itu, di Mayabeque, kerosakan dilaporkan terutamanya dalam sektor pertanian, merosakkan tanaman pisang dan ubi kayu diusahakan penduduk.
Kawasan Perbandaran Khas Isla de la Juventud turut dibadai Taufan Rafael yang menjejaskan kediaman dan kemudahan bangunan kerajaan, namun kerosakan terbesar dilaporkan di Cayo Largo de Sur.
Di Havana, sekitar 77 rumah, 21 pusat pendidikan dan tujuh hospital terjejas dan kerosakan pada pokok serta talian elektrik. Jumlah kerugian masih dalam penilaian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taufan rafael
#Cuba
#bencana alam
#Miguel Diaz-Canel
#kawasan terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan