awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Air Canada gantung penerbangan ke Cuba susulan kekurangan bahan api jet
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trudeau tubuhkan semula jawatankuasa hubungan Kanada-AS susulan kemenangan Trump

Bernama
Bernama
07/11/2024
22:15 MYT
Trudeau tubuhkan semula jawatankuasa hubungan Kanada-AS susulan kemenangan Trump
Trudeau bercakap kepada media sebelum menghadiri mesyuarat di Parliament Hill, Ottawa, Ontario, Kanada, 6 Nov 2024. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, menubuhkan semula Jawatankuasa Kabinet Hubungan Kanada-Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden, umum pejabat beliau pada Khamis.
"Perdana Menteri, Justin Trudeau, hari ini menubuhkan semula Jawatankuasa Kabinet Hubungan Kanada-AS. Susulan pemilihan semula Presiden Donald Trump untuk penggal kedua, Jawatankuasa Kabinet akan memberi tumpuan kepada isu-isu penting Kanada-AS," menurut kenyataan pejabat Trudeau yang dipetik oleh Sputnik.
Menurut kenyataan itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Chrystia Freeland akan mempengerusikan jawatankuasa berkenaan, manakala Menteri Keselamatan Awam Dominic LeBlanc bertindak sebagai naib pengerusi.
Jawatankuasa itu juga akan dianggotai oleh Presiden Perbendaharaan dan Menteri Pengangkutan Anita Anand, Menteri Pertahanan Bill Blair, Menteri Inovasi, Sains dan Industri Francois-Philippe Champagne, serta Menteri Luar Melanie Joly.
Pilihan Raya Presiden AS berlangsung pada 5 Nov.
Semua rangkaian utama mengisytiharkan calon Republikan Donald Trump, yang pernah berkhidmat sebagai presiden dari 2017 hingga 2021, sebagai pemenang.
Calon Demokrat, Kamala Harris, mengakui kekalahan dalam ucapannya kepada para penyokong dan berjanji akan memastikan peralihan kuasa yang aman.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Justin Trudeau
#Donald Trump
#Kanada-Amerika Syarikat
#jawatankuasa hubungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan