awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
RUU Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 dibentangkan di Dewan Rakyat
Sultan Terengganu pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-271
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum calon Hakim Mahkamah Agung pada Sabtu

Bernama
Bernama
23/09/2020
05:50 MYT
Trump umum calon Hakim Mahkamah Agung pada Sabtu
Trump berkata, beliau mahu melihat Senat mengundi calon itu sebelum pilihan raya presiden pada 3 November. - Gambar fail
Presiden Donald Trump pada Selasa berkata beliau akan mengumumkan calon hakim Mahkamah Agung pada Sabtu di Rumah Putih, lapor agensi berita Xinhua.
Masa majlis pengumuman itu akan dimaklumkan kemudian, tulis Trump di Twitternya.
Trump sedang mempertimbangkan lima calon wanita untuk mengisi kekosongan berikutan kematian hakim Ruth Bader Ginsburg.
Katanya, beliau mahu melihat Senat mengundi calon itu sebelum pilihan raya presiden pada 3 November, langkah yang bertujuan untuk mengukuhkan majoriti konservatif 6-3 di mahkamah tinggi dan memberi semangat kepada penyokongnya.
Hakim Amy Coney Barrett, Barbara Lagoa dan Allison Jones Rushing dikatakan antara yang berada dalam senarai pendek Trump.
Ginsburg meninggal dunia pada minggu lalu pada usia 87 tahun akibat kanser pankreas.
Terkenal sebagai seorang yang memperjuangkan hak wanita dan ikon liberal, Ginsburg dilantik ke mahkamah tinggi oleh Presiden Bill Clinton pada 1993. Beliau wanita kedua yang dilantik menjawat jawatan itu dan berkhidmat lebih 27 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#calon
#Donald Trump
#hakim
#lima calon
#Mahkamah Agung
#majoriti
#meninggal dunia
#pilihan raya presiden
#Senat
#undi
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan