awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perbicaraan baharu dibuka dalam kes kematian Maradona
Letupan dandang di loji tenaga India ragut 10 nyawa, 40 cedera
Bot bawa lebih 250 migran tanpa dokumen tenggelam di Laut Andaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS, UK capai perjanjian perdagangan penting - Trump

Bernama
Bernama
08/05/2025
18:30 MYT
AS, UK capai perjanjian perdagangan penting - Trump
Trump berkata perjanjian dengan UK ini adalah yang pertama dalam siri perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh pentadbirannya selama empat minggu kebelakangan ini. - Gambar AP
WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengumumkan pada Khamis bahawa Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) telah mencapai perjanjian perdagangan "penting".
"Pada pagi ini, saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa kami telah mencapai perjanjian perdagangan yang penting dengan United Kingdom," kata Trump di Rumah Putih.
Beliau berkata perjanjian dengan UK ini adalah yang pertama dalam siri perjanjian perdagangan yang sedang dirundingkan oleh pentadbirannya selama empat minggu kebelakangan ini.
"Dengan perjanjian ini, UK menyertai Amerika Syarikat dalam mengesahkan bahawa prinsip timbal balik dan keadilan adalah prinsip yang penting dan vital dalam perdagangan antarabangsa," tambahnya.
UK akan mengurangkan banyak halangan bukan tarif yang "secara tidak adil mendiskriminasi produk Amerika," kata Trump.
Perdana Menteri UK Keir Starmer berkata secara maya bahawa ia adalah "hari yang benar-benar hebat dan bersejarah" yang kedua-dua negara dapat mengumumkan perjanjian ini.
"Dan saya rasa ini adalah penghormatan yang besar kepada sejarah yang kita miliki untuk bekerjasama rapat. ...Perjanjian yang sangat penting. Ini akan meningkatkan perdagangan antara negara dan seluruh negara kita. Ia bukan sahaja akan melindungi pekerjaan, tetapi juga mewujudkan pekerjaan dan membuka akses pasaran," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Keir Starmer
#akses pasaran
#perdagangan antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan