awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vaksin COVID-19: Ratusan pusat vaksinasi dibuka untuk program 'Grab A Jab Weekend'

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
01:22 MYT
Vaksin COVID-19: Ratusan pusat vaksinasi dibuka untuk program 'Grab A Jab Weekend'
Tawaran vaksin kepada semua orang dewasa di England bermula pada 19 Julai akan datang. - Foto REUTERS/Henry Nicholls
LONDON: Ratusan pusat vaksinasi sementara dibuka di England pada hujung minggu untuk menawarkan suntikan vaksin COVID-19 kepada orang dewasa tanpa memerlukan janji temu.
Dikenali sebagai 'Grab a Jab Weekend, tempat-tempat seperti parkir kereta, pasar raya, teater dan stadium bola menawarkan suntikan vaksin bagi meningkatkan lagi kadar vaksinasi.
Sebilangan besar pusat vaksin sementara ini menawarkan suntikan dos pertama, namun ada juga yang menawarkan suntikan dos kedua kepada individu 40 tahun ke atas.
Beberapa rakyat England memuji inisiatif ini dan berharap program vaksinasi ini akan membolehkan mereka kembali melakukan perjalanan.
Tawaran vaksin kepada semua orang dewasa di England bermula pada 19 Julai akan datang.
Ini selepas pada Sabtu, UK merekodkan peningkatan kes jangkitan kepada 18,270 tertinggi sejak 5 Februari.
Sepanjang minggu lalu, hampir 100,000 individu telah diuji positif iaitu peningkatan hampir 50 peratus berbanding minggu sebelumnya.
Varian Delta yang pertama kali dikesan di India dianggap antara punca peningkatan kes di UK yang menyumbang kepada hampir semua kes baharu di negara itu.
Topic Berkaitan
#dos pertama
#suntikan
#vaksin
#dos kedua
#jangkitan
#program vaksinasi
#COVID-19
#England
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan