awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Jepun maut ditikam dalam serangan rambang di Ireland

Agensi
Agensi
03/01/2018
23:09 MYT
Warga Jepun maut ditikam dalam serangan rambang di Ireland
Polis memasang tali rentang di kawasan tepi sebatang jalan di mana berlakunya kejadian pembunuhan di Dundalk, Ireland, 3 Januari, 2018. Foto TWITTER/@DUNDALKSNEWS/via REUTERS
Seorang lelaki Jepun maut selepas ditikam manakala dua yang lain cedera dalam serangan berasingan di beberapa batang jalan di bandar Dundalk, Republik Ireland, pada Rabu.
Polis yang menyiasat insiden tersebut tidak menolak kemungkinan terdapat unsur keganasan dalam insiden itu.
Setakat ini, pihak berkuasa berkata, seorang warga Mesir berusia 18 tahun telah ditangkap dan ditahan di Balai Polis Dundalk.
Suspek bagaimanapun belum dikenalpasti atau dituduh.
Polis tidak mendedahkan nama mangsa yang maut itu namun mengatakan mangsa seorang lelaki Jepun berusia 24 tahun yang tinggal di Ireland sejak setahun lalu.
Mangsa diserang dan ditikam di sebatang jalan di Dundalk dan mati di tempat kejadian.
Laporan media mengatakan beberapa lagi siri insiden yang sama turut berlaku di beberapa batang jalan berhampiran lokasi warga Jepun itu dibunuh.
Ketua Superintendan Christy Mangan berkata pihak polis menerima panggilan kecemasan dari tiga lokasi berasingan di kawasan Dundalk dan polis berjaya menangkap suspek sejurus selepas itu.
Beliau menambah bahawa serangan pertama dilaporkan pada pukul 9 pagi waktu tempatan dan serangan itu berlaku sekitar 40 minit.
Siasatan awal mendapati suspek memilih mangsa secara rawak dan motif sebenar masih disiasat.
Topic Berkaitan
#cedera
#Jepun
#keganasan
#lelaki
#mangsa
#mati
#maut
#Media
#Mesir
#polis
#serangan
#siasatan
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan