awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wilayah di Kanada sekali lagi isytihar darurat susulan kebakaran hutan

Bernama
Bernama
11/07/2025
06:15 MYT
Wilayah di Kanada sekali lagi isytihar darurat susulan kebakaran hutan
Kebakaran hutan yang melanda Wanless di Manitoba, Kanada pada 29 Mei lalu. - Gambar fail AP
OTTAWA: Wilayah Manitoba di Kanada sekali lagi mengisytiharkan darurat di seluruh wilayah itu pada Khamis berikutan kebakaran hutan yang terus mengancam masyarakat, lapor Xinhua.
Kerajaan wilayah itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pengisytiharan itu dibuat berdasarkan syor daripada pegawai pengurusan kebakaran hutan dan kecemasan wilayah berkenaan.
Manitoba sebelum ini telah mengisytiharkan darurat pada 28 Mei yang ditamatkan pada 23 Jun.
"Musim kebakaran kali ini menyaksikan Manitoba mencatatkan keluasan kawasan terbakar melebihi 10 kali ganda berbanding purata musim kebakaran," kata Ketua Menteri Manitoba Wab Kinew dalam kenyataan itu.
"Apabila jumlah kebakaran aktif meningkat, kerajaan kami sekali lagi mengaktifkan pengisytiharan darurat di seluruh wilayah bagi membantu menyediakan ruang untuk menempatkan penduduk yang terjejas."
Selain pengisytiharan darurat di seluruh wilayah, beberapa pengisytiharan darurat tempatan telah pun berkuat kuasa termasuk di Snow Lake, di mana pemindahan wajib telah dimulakan. Semua penduduk dan pelawat dikehendaki meninggalkan komuniti berkenaan secepat mungkin sebelum tengah malam.
Menurut laporan media tempatan, lebih sejuta hektar telah terbakar dalam kebakaran hutan di Manitoba setakat Selasa, iaitu hampir 11 kali ganda purata 20 tahun sebanyak 94,000 hektar bagi tempoh sama setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran hutan
#Kanada
#Manitoba
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan