awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asyraff Mazlan bukan punca saya putus dengan Sufian Suhaimi - Elfira Loy

Gempak
Gempak
28/02/2018
08:13 MYT
Asyraff Mazlan bukan punca saya putus dengan Sufian Suhaimi - Elfira Loy
Menurut Elfira, Asyraff tidak mempunyai kaitan langsung dengan kisah peribadinya.
PELAKON Elfira Loy menafikan dakwaan jejaka bernama Asyraff Mazlan merupakan punca ikatan pertunangannya putus dengan penyanyi Sufian suhaimi.
Menurut Elfira, Asyraff tidak mempunyai kaitan langsung dengan kisah peribadinya.
Dia juga turut menjelaskan tuduhan yang mengatakan mereka berdua menunaikan umrah bersama baru-baru ini.
“Kalau nak kata saya yang beri ruang untuk orang buat fitnah, dalam caption terang-terang dah tulis makan sempena kelahiran Acap.
“El dah kenal Acap dah lama dah dari zaman tak bertudung masa shoot Kayuhan Cinta sampailah sekarang.
“Dan trip ke Mekah, kami hanya satu kumpulan, BUKAN PERGI BERSAMA,” jelasnya.
Elfira memberitahu perkara tersebut di Instagram (IG) miliknya menerusi Insta Stories sebentar tadi.
Tambah El lagi, dia telah menjelaskan perkara yang berlaku dan selepas ini sekiranya timbul gosip mengenai perkara itu bermakna dirinya telah difitnah.
“Saya dah jelaskan. Tapi lepas ini kalau korang nak cakap bukan-bukan, korang yang memfitnah.
‘Bukal El yang menimbulkan fitnah,” tulisnya.
Terdahulu, Elfira dikaitkan dengan Asyraff selepas jejaka itu memuat naik foto mereka menerusi IGnya.
Foto tersebut merakamkan Asyraff, Elfira dan adiknya Ezlisa Loy meraikan ulang tahun kelahirannya di sebuah restoran baru-baru ini.
Disebabkan foto itu, timbulnya spekulasi mengatakan Asyraff merupakan cinta baru Elfira.
Sebelum ini, Asyraff juga pernah memuat naik foto bersama Elfira ketika mengerjakan ibadah umrah awal bulan lalu.
Foto: Instagram @elfiraloy
Topic Berkaitan
#Acap
#Asyraff Mazlan
#Elfira Loy
#kawan
#Mekah
#pertunangan
#Sufian Suhaimi
#tuduhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan