awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Awal Ashaari menangis pertama kali bertentang mata dengan anak

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/07/2014
14:16 MYT
Awal Ashaari menangis pertama kali bertentang mata dengan anak
Scha Al Yahya selamat melahirkan bayi perempuan pada 22 Julai
Pelakon dan pengacara Awal Ashaari mengakui air matanya menitis ketika pertama kali bertentang mata sewaktu mahu mengazankan permata hati pertamanya itu.
Menurut Awal detik tersebut merupakan memori yang paling tidak dapat dilupakannya.
Pada 22 Julai lalu, isterinya yang juga pelakon dan pengacara, Scha Alyahya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.17kg di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Tidak dapat saya lupakan ketika baby memandang mata saya sewaktu saya mahu azan dan iqamatkan dia, waktu itu bagaikan momen dahsyat.
Saya menangis dan berkata ‘ini anak saya’, "I'm now a father" cerita Awal ketika dihubungi Astro AWANI.
Awal Ashaari
Awal ashaari
Gambar pertama bayi #schawal - sumber Instagram Awal Ashaari
Mengimbas kembali, saat sebelum kelahiran, Awal memberitahu bahawa Scha mula berasa sakit bersalin bermula jam 6 pagi.
Namun, Scha tidak lagi mahu ke hospital kerana menyangka ianya sakit perut biasa.
awal ashaari
awal ashaari
Scha Al Yahya dan bayi berada dalam keadaan sihat dan ditemani ahli keluarga di hospital - Sumber Instagram Awal Ashaari
“Dalam pukul 11 pagi, saya hubungi pihak hospital bila mendapati sakit Scha jadi semakin kerap” jelas Awal lagi yang kedengaran begitu teruja.
Scha kemudiannya dimasukkan ke bilik kecemasan dan selamat bersalin sekitar pukul 5:50 petang.
Bila ditanya mengenai nama dan wajah bayinya, Awal memberitahu perkara tersebut akan diumumkan dan didedahkan secara rasmi kepada semua dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Awal Ashaari
#bersalin
#Scha Alyahya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan