awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Berehatlah mak... puas mak menanggung sakit' - Ibu DJ Lin meninggal dunia

Gempak
Gempak
24/06/2022
01:45 MYT
'Berehatlah mak... puas mak menanggung sakit' - Ibu DJ Lin meninggal dunia
DJ Lin memaklumkan ibu kesayangannya Puteh Jantan, 80, meninggal dunia. -Gempak
PENYAMPAI radio Suria FM, DJ Lin, memaklumkan ibu kesayangannya, Puteh Jantan, 80, meninggal dunia.
DJ Lin berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Facebook dan Instagram miliknya hari ini.
Arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit buah pinggang di kediamannya di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, pada jam 4.50 pagi ini.
“Salam Jumaat semua, dengan lafaz Bismillah, #djlin ingin memaklumkan bahawa ibunda Lin yang tercinta, Puan Hajah Puteh bt Jantan baru sahaja meninggal dunia jam 4.50 pagi ini (Jumaat, 24 Jun 2022) di rumah kami di Jalan Merpati, Larkin Jaya, Johor Bahru, Johor.
“Jenazah akan dikebumikan sebelum waktu Solat Jumaat.
"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah ya buat Allahyarhamah, moga rohnya tenang di alam sana dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Ameen Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by DJ LIN (@djlinsuriacinta)
Dalam pada itu, coretan DJ Lin kepada arwah ibunya juga turut mengundang sebak netizen.
“Mak, terima kasih di atas segala kasih sayang, pengorbanan serta jasa yang mak taburkan buat orang dan semua anak-anak mak.
“Berehatlah mak… Puas mak menanggung kesakitan.
"Kami semua dah berusaha yang terbaik untuk membantu menyembuhkan sakit mak namun Allah lebih menyayangimu, mak.
“Mak akan sentiasa ada di hati kami dan kenangan kita bersama takkan pernah sekali pun orang lupakan ya mak.
"Al-Fatihah,” coretnya.
Terdahulu, Allahyarham Puteh dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat penyakit buah pinggang, minggu lalu.
Arwah Puteh meninggalkan sembilan anak dan lebih 40 cucu serta cicit. -Gempak
Topic Berkaitan
#DJ Lin
#Puteh Jantan
#penyampai radio Suria FM
#penyakit buah pinggang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan