awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Palestin: Selebriti, 'influencer' perlu tingkat kesedaran ramai menerusi fakta dan sejarah

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
18/05/2021
02:22 MYT
Isu Palestin: Selebriti, 'influencer' perlu tingkat kesedaran ramai menerusi fakta dan sejarah
Heliza, Hazwani, Yatt dan Diana dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa pagi tadi. -Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Selebriti dan 'influencer' digesa menyampaikan fakta dan sejarah terhadap apa yang berlaku ketika ini di Palestin.
Ini kerana golongan ini mempunyai ruang yang lebih besar untuk menyalurkan maklumat sahih kepada orang ramai sekali gus meningkatkan kesedaran kepada masyarakat, kata pelakon tanah air Diana Amir.
"Apa yang selebriti ini ada adalah ruang yang lebih besar atau pengaruh yang lebih luas untuk menyampaikan mesej kepada umum.
"Kita perlu suarakan fakta dan sejarah apa yang berlaku ketika ini untuk mendidik masyarakat tentang apa sebenarnya yang berlaku.
"Mungkin ramai yang terkejut dengan konflik yang melanda ketika ini di Palestin sedangkan ia sudah lama berlaku sejak 73 tahun lalu," katanya menerusi perkongsian dalam AWANI Pagi pada Selasa.
Senada dengan Diana ialah adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi yang turut menggesa agar isu kemanusiaan ini dipertahankan bersama tidak kira bangsa dan agama.
Bagi selebriti Yatt Hamzah, beliau merayu agar rakyat Malaysia bangkit demi agama dan tidak leka dengan konflik yang melanda Palestin ketika ini.
Beliau turut menggesa agar orang ramai terus menyalurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing.
Justeru, mereka turut menyeru agar orang ramai menyalurkan sumbangan kepada saluran yang betul termasuk menerusi akaun menerusi Tabung Kilat Palestin yang dianjurkan MAPIM melalui nombor akaun 562834636620 (Maybank - Dana MAPIM).
Ikuti temu bual penuh bersama Diana, Heliza, Hazwani dan Yatt dalam program AWANI Pagi segmen Selebriti Selasa di pautan ini:
AWANI Pagi: Solidariti selebriti terhadap perjuangan Palestin
Topic Berkaitan
#Maybank
#rakyat Malaysia
#Palestin
#Malaysia
#selebriti
#Heliza Helmi
#Hazwani Helmi
#Yatt Hamzah
#Diana Amir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan