awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Reedie, tokoh berpengaruh Olimpik dan anti-doping, meninggal dunia pada usia 84 tahun
Konflik Rusia-Ukraine: Dron Ukraine serang terminal minyak Rusia
Sekurang-kurangnya 11 rakyat Palestin terkorban dalam bedilan Israel di tengah Gaza - Sumber
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Pak Ngah tiba dari Batam

Bernama
Bernama
26/09/2018
04:38 MYT
Jenazah Pak Ngah tiba dari Batam
Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim. - Foto Bernama
Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.
Jenazah dibawa dari Batam, Indonesia, melalui bot khas pada 8 pagi tadi dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di terminal feri berkenaan.
Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim.
BACA: Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi
Menurut Abdul Raziff Abdul Rani, beliau yang diwakilkan oleh keluarga Pak Ngah berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas zohor.
Allahyarham yang difahamkan berkunjung ke Batam, Indonesia atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, pada 3.15 petang, semalam.
Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batam
#Indonesia
#irama Malaysia
#Malaysia
#meninggal dunia
#Noraniza Idris
#Pak Ngah
#penggubah
#Siti Nurhaliza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan