awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Nama saya Azizah juga, tetapi saya kepunyaan Abdullah" - Tweet 'sweet' Tunku Azizah jadi tumpuan netizen

Gempak
Gempak
18/10/2019
07:25 MYT
"Nama saya Azizah juga, tetapi saya kepunyaan Abdullah" - Tweet 'sweet' Tunku Azizah jadi tumpuan netizen
Perkongsian Baginda Tuanku Permaisuri mendapat lebih 18,000 retweet dan lebih 53,000 Likes di Twitter milik Baginda, @cheminahsayang. - Foto Twitter @cheminahsayang
KEBAWAH Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencuri tumpuan warganet di Twitter apabila baginda berkongsi sekeping gambar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tuanku Permaisuri yang berdiri di sisi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yand diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, berseloroh dengan warganet mengenai gambar yang dikongsi.
"Nama saya Azizah juga, tapi saya kepunyaan Abdullah," tulis Baginda dengan meletakkan emoticon berbentuk hati.
nama sy Azizah juga, tapi saya kepunyaan Abdullah ❤️ pic.twitter.com/DT53UOlnwT
— تنکو عزيزه محمود إسکندر (@cheminahsayang) October 17, 2019
Perkongsian Baginda Tuanku Permaisuri mendapat lebih 18,000 retweet dan lebih 53,000 Likes di Twitter milik Baginda, @cheminahsayang.
Twit Baginda disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang turut berkongsi gambar bersama.
Perkongsian Wan Azizah turut mendapat perhatian warga Twitter apabila gambar yang dikongsi mendapat lebih 5,000 retweet dan hampir 15,000 Likes. - Foto Twitter @drwanazizah
Perkongsian Wan Azizah turut mendapat perhatian warga Twitter apabila gambar yang dikongsi mendapat lebih 5,000 retweet dan hampir 15,000 Likes. - Foto Twitter @drwanazizah
Perkongsian Wan Azizah turut mendapat perhatian warga Twitter apabila gambar yang dikongsi mendapat lebih 5,000 retweet dan hampir 15,000 Likes.
Nama saya pon azizah. Tapi saya kepunyaan Anwar. Dua-dua A n A. Doakan agar kita semua di curahkan mawadah dan rahmah dari yg Maha Esa. https://t.co/WY32NeePLD pic.twitter.com/FLrY0sFEnm
— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) October 17, 2019
"Nama Saya pun Azizah. Tapi saya kepunyaan Anwar. Dua-dua A dan A. Doakan agar kita semua dicurahkan mawadah dan rahmah dari yang Maha Esa," tulis Timbalan Perdana Menteri wanita pertama di Malaysia.
Twit daripada Tunku Azizah sering menjadi perhatian warganet kerana selain berkongsi gambar-gambar keluarga diraja, baginda juga turut memberikan nasihat, berkongsi gambar-gambar resepi dan banyak perkara yang bermanfaat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong
#Timbalan Perdana Menteri
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Wan Azizah
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan