awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Negara sedang berperang, isteri Presiden Ukraine Olena Zelenska jadi 'cover' majalah Vogue

Gempak
Gempak
29/07/2022
11:22 MYT
Negara sedang berperang, isteri Presiden Ukraine Olena Zelenska jadi 'cover' majalah Vogue
Vogue menampilkan Zelenska secara solo pada muka hadapan, namun beberapa foto intim pasangan ini tetap diabadikan secara eksklusif. - REUTERS
NAMA Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dan isterinya Olena Zelenska sedang menjadi perbualan dunia.
Pasangan ini mengejutkan banyak pemerhati politik dan dunia seni apabila kedua-duanya muncul secara eksklusif dalam sesi fotografi untuk muka depan majalah fesyen Vogue edisi digital, Oktober 2022.
Vogue menampilkan Olena secara solo pada muka hadapan, namun beberapa foto intim pasangan ini tetap diabadikan secara eksklusif oleh jurugambar selebriti ternama, Annie Leibovitz.
Lokasi penggambaran tersebut dijalankan di kawasan gedung bawah tanah yang ditukar konsep seperti kubu bawah tanah, bergaya klasik dan berbentuk perlindungan.
Temtu sahaja sesi tersebut menuai beragam pendapat. Ada yang menyokong, namun pasangan ini dibanjiri kritikan apabila saat ini Ukraine masih dalam fasa bergolak.
View this post on Instagram
A post shared by Olena Zelenska (@olenazelenska_official)
Buat Vogue, wanita berusia 44 tahun itu berkongsi pengalamannya menghadapi situasi darurat namun masih tetap berusaha menenangkan rakyatnya sejak perang antara Rusia dan Ukraine tercetus pada Februari lalu.
“Jujur, saya tidak tidak fikir ada yang memahami bagaimana kami menghadapinya secara emosi. Kami mengharapkan kemenangan. Kami yakin akan menang. Dan inilah yang membuat kami terus maju," ungkap Olena yang juga dikenali sebagai penulis sketsa komedi.
Untuk sesi fotografi tersebut, beliau dilihat menggayakan busana yang direka oleh pereka tempatan termasuk Bettter, Six, Hvoya, The Coat, Kachorovska, dan Poustovit.
Selain secara solo, Olena turut bergambar dengan suaminya, Zelensky. Gambar mereka dilihat sangat mesra dengan berpegangan tangan erat.
“Dia adalah cinta sejati dan teman yang terbaik. Dia sahabat sejati,” puji Presiden Zelensky.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Topic Berkaitan
#Volodymyr Zelensky
#Presiden Ukraine
#Olena Zelenska
#Vogue
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan