awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscar: Terbitan anak Malaysia berjaya ke senarai akhir kategori dokumentari pendek

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
13/01/2020
13:57 MYT
Oscar: Terbitan anak Malaysia berjaya ke senarai akhir kategori dokumentari pendek
Filem dokumentari pendek sentuhan anak Sarawak yang berjudul St. Louis Superman berjaya ke Oscar diumumkan pada Isnin melalui laman rasmi youtube Oscar.
SENARAI akhir pencalonan Anugerah Academy atau Oscar baru saja diumumkan, setelah sekian lama dinanti para penggiat seni perfileman seluruh dunia.
Namun, ia adalah satu penantian yang berbaloi apabila filem dokumentari pendek St. Louis Superman berjaya tersenarai dalam kedudukan lima terbaik dalam kategori ‘Documentary Short Subject’.
Lebih membanggakan, St. Louis Superman turut melibatkan dua penerbit bersama yang berasal dari Malaysia iaitu Chayenne Tan dari Sarawak dan anak kelahiran Pulau Pinang, Teng Poh Si, selain Smriti Mundhra dan Sami Khan.
Keputusan percalonan tersebut telah diumumkan pada Isnin melalui laman rasmi YouTube 'Oscar Nominations 2020'.
Melalui satu temu bual bersama AWANI Sarawak sebelum ini, Cheyenne Tan, 26, yang berasal dari Kuching, berkata dia tidak menyangka tersenarai dalam anugerah berprestij itu.
BACA : Terbitan anak Sarawak selangkah ke Oscar
.
.
Berdasarkan kisah benar, filem St. Louis Superman menceritakan hidup Bruce Frans Jr. yang berdepan pelbagai cabaran dan trauma mental dalam misinya melakukan perubahan ke atas komunitinya sebagai wakil Missouri.
Sementara itu, Malaysia menerusi syarikat Les' Copaque Production juga mencipta sejarah tersendiri apabila filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal berjaya terpilih ke senarai pendek 32 filem, yang berentap dalam kategori 'Filem Animasi'.
Meskipun tidak dapat mara ke senarai akhir, penyertaan filem animasi ikonik negara itu dalam saringan penjurian acara berprestij berkenaan, sudah cukup membanggakan.
Malam gala Anugerah Oscar akan diadakan di Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles, California pada 9 Februari akan datang.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Oscar
#St Louis Superman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan