awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru rempuh pelajar hingga maut akan didakwa dalam masa terdekat
Diskaun 30 peratus tiket ETS, ERT Isnin hingga Khamis bermula 15 April – MOT
Malaysia perlu perkukuh kedaulatan teknologi hadapi ketidaktentuan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tak pernah tambah nasi, ini antara petua Faizal Hussein kekalkan bentuk badan

Gempak
Gempak
24/06/2018
09:46 MYT
Tak pernah tambah nasi, ini antara petua Faizal Hussein kekalkan bentuk badan
Dalam perkembangan terbaru, Faizal membintangi filem televisyen istimewa sempena sambutan Syawal, The Hantus yang disiarkan di Astro First Eksklusif. - Foto: Cinema Online, Cinema.com.my
PELAKON Faizal Hussein tetap kelihatan segak dan bertenaga biarpun usianya telah menginjak ke angka 51 tahun.
Berjaya mengekalkan bentuk badannya seperti zaman remaja, Faizal mengamalkan beberapa petua untuk terus kekal bertenaga.
1. Minum air masak.
"Saya sering mengamalkan minum air masak untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Saya sering mengelak untuk menikmati minuman manis," katanya.
2. Tak pernah tambah nasi.
"Saya makan semua jenis makanan. Saya juga makan nasi tetapi saya tidak pernah menambah nasi. Cukup sekadar sepinggan nasi sahaja. Biarpun lauk yang dihidangkan sedap-sedap belaka, saya tetap dengan pendirian menjamah sepinggan nasi," kata Faizal.
3. Tak pergi gimnasium.
"Saya memang tak ke gimnasium atau pusat kecergasan. Saya hanya bersenam di rumah sahaja. Saya juga tidak mengamalkan 'jogging'. Jika saya diberikan watak berat untuk menjayakan karakter berbentuk aksi, baru saya akan mula berlari untuk mempersiapkan diri," katanya lagi.
Dah tengok ke belom ?
A post shared by faizalhusseinofficial (@faizalhusseinofficial) on
Jun 18, 2018 at 11:20pm PDT
Dalam perkembangan terbaru, Faizal membintangi filem televisyen istimewa sempena sambutan Syawal, The Hantus yang disiarkan di Astro First Eksklusif.
The Hantus turut menampilkan Alif Satar, Hannah Delisha, Khatijah Tan dan ramai lagi ini bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 1 Syawal (15 Jun 2018).
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton The Hantus dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, The Hantus juga boleh disaksikan menerusi platform digital 'on demand'. - Teks: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Astro
#berat badan
#diet
#Faizal Hussein
#filem
#kesihatan
#makan nasi
#pelakon
#syawal
#The Hantus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan