awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah kebakaran

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
19/03/2019
10:21 MYT
10 keluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah kebakaran
Kebakaran melibatkan 10 buah rumah di Kampung Setia Jaya, Kuala Lumpur. - Gambar/Bomba
Sebanyak 10 buah rumah separa kekal musnah dalam kebakaran di Lorong 1, Kampung Setia Jaya, ibu negara, pada Selasa.
Kejadian itu menyebabkan seramai 41 orang mangsa terdiri daripada 10 buah keluarga tinggal sehelai sepinggang.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.51 petang.
“Sebanyak 22 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, Setapak dan Hang Tuah diketuai Komander Operasi Mohd Norman Marzuki digerakkan ke lokasi.
“Sejurus tiba di lokasi pihaknya mendapati kebakaran melibatkan 10 buah rumah separa kekal yang hangus terbakar 100 peratus,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran berkenaan pada 4.09 petang dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih lagi di dalam siasatan,” katanya.
Topic Berkaitan
#bomba
#Kampung Setia Jaya
#kebakaran
#kerugian
#mangsa
#musnah
#rumah separa kekal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan