awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan Aidilfitri nanti - Polis

Bernama
Bernama
05/04/2022
10:44 MYT
2 juta kenderaan dijangka masuk Kelantan Aidilfitri nanti - Polis
Jangkaan dua juta itu dibuat berikutan kesesakan yang berlaku di negeri itu ketika permulaan Ramadan lepas.- Gambar hiasan
PASIR PUTEH: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena sambutan Aidilfitri nanti, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.
Beliau berkata jangkaan itu dibuat berikutan kesesakan yang berlaku di negeri itu ketika permulaan Ramadan lepas.
Katanya, bagi memastikan keadaan lalu lintas lancar pada Aidilfitri nanti, pihaknya akan menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.
"Baru-baru ini semasa awal Ramadan mereka pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga sebelum pulang semula ke tempat kerja.
"Kita jangka perantau akan pulang semula sebelum ketibaan Syawal," katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, di sini hari ini.
Pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Endianshah Endal menyerahkan surat serah tugas kepada Ketua Polis Daerah yang baharu Supt Zaizul Rizal Zakaria.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenderaan masuk Kelantan
#Ramadan
#Aidilfitri
#puasa
#kesesakan
#Polis Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan