awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 lelaki disyaki terlibat kes culik, ugutan jenayah ditahan polis

Shahrul Hassan
Shahrul Hassan
01/07/2017
12:43 MYT
2 lelaki disyaki terlibat kes culik, ugutan jenayah ditahan polis
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes culik dan ugutan jenayah di sini berjaya ditahan polis dalam Ops Lebaran di Wilayah Iskandar. -Gambar hiasan
Dua lelaki yang disyaki terbabit dalam kes culik dan ugutan jenayah di sini berjaya ditahan polis dalam Ops Lebaran di Wilayah Iskandar, sekitar 12 tengah malam, pada Sabtu.
Kedua-dua lelaki yang berusia 26 dan 29 tahun itu ditahan menerusi tiga serbuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu selain tangkapan, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM69,750 bersama sejumlah barang kemas dan sebuah kereta Proton Waja.
Jelasnya, operasi yang terbahagi kepada Ops Cantas dan Ops Noda itu dijalankan untuk membanteras, mengekang serta melumpuhkan kegiatan jenayah kekerasan, jenayah jalanan dan jenayah bersindiket yang membabitkan semua jenis elemen jenayah.
"Kedua-dua tangkapan ini akan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 walaupun mangsa yang diculik sudah dilaporkan selamat," katanya dalam satu kenyataan media.
Sementara itu, polis juga berjaya menahan dua lelaki berusia 23 dan 26 tahun yang disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki.
Kedua-dua mereka ditahan menerusi Ops Cantas di sekitar Daerah Seri Alam kerana disyaki aktif dengan jenayah samun di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#culik
#Daerah Seri Alam
#Kamarul Zaman Mamat
#Ops Cantas
#Ops Noda
#Seksyen 3 Akta Culik 1961
#Wilayah Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan