awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jurang pelaksanaan dasar perlu ditangani demi kepercayaan rakyat - Azam Baki
Pengurusan strategik hadapi fenomena "Hydroclimatic Whiplash" - Sultan Nazrin
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Vaisakhi, Selamat Tahun Baharu Tamil
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

225 permohonan diterima untuk laksana Bengkel Komuniti Filem, industri kreatif - Teo

Bernama
Bernama
03/04/2026
13:40 MYT
225 permohonan diterima untuk laksana Bengkel Komuniti Filem, industri kreatif - Teo
Teo berkata bengkel ini adalah sebahagian daripada Program Belia Kreatif Komuniti MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan 2025. - Facebook Jabatan Penerangan Negeri Johor
Sebanyak 225 permohonan telah diterima daripada persatuan dan syarikat bagi melaksanakan Bengkel Komuniti Filem serta Belia Kreatif sejak November tahun lepas, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 60 permohonan diluluskan dengan 32 program berjaya dilaksana melibatkan 960 belia setakat 31 Mac lepas.
"Sambutan diterima menunjukkan potensi besar dalam kalangan belia, dan program ini diteruskan hingga Disember 2027 dengan sasaran 240 lokasi seluruh negara," katanya ketika berucap merasmikan bengkel berkenaan di sini hari ini.
Bengkel itu, yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, menghimpunkan 30 peserta berusia bawah 30 tahun dan mereka didedahkan dengan pelbagai modul pembelajaran seperti penceritaan, pembangunan skrip, lakonan, teknik sudut kamera serta suntingan kreatif.
Teo berkata bengkel ini adalah sebahagian daripada Program Belia Kreatif Komuniti MADANI yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Belanjawan 2025 dengan peruntukan sebanyak RM12 juta bagi memperkukuh pembangunan modal insan kreatif di seluruh negara.
Beliau berkata daripada jumlah itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah memperuntukkan RM3 juta bagi pelaksanaan program berkenaan di seluruh negara sejak November 2025.
Teo juga berkata industri kreatif menyumbang hampir RM130.7 bilion atau 6.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2024, meningkat daripada 4.5 peratus tahun sebelumnya.
Beliau berkata lebih 70 peratus pembuat kandungan digital adalah belia berumur lingkungan 18 hingga 35 tahun, dan FINAS bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran untuk melaksanakan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu membolehkan penggiat industri kreatif memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia.
Teo berkata sebanyak 50 penggiat industri kreatif berjaya menerima sijil berkenaan pada tahun lepas.
“Bagi tahun ini pula, program tersebut akan diteruskan dengan sasaran tambahan seramai 50 lagi penggiat industri tempatan untuk dipersijilkan, yang dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2026,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Komuniti Filem dan Belia Kreatif
#platform
#cungkil bakat
#keyakinan
#industri kreatif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan