awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 projek bernilai RM14 juta untuk Kinabatangan diluluskan - PM

Radhi Muslim
Radhi Muslim
06/11/2021
08:51 MYT
3 projek bernilai RM14 juta untuk Kinabatangan diluluskan - PM
Ismail Sabri Yaakob (kanan) diiringi Bung Moktar Radin pada Majlis Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur Sabah, di Dataran Kinabatangan di sini, pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
KINABATANGAN : Sebanyak RM14 juta peruntukan diluluskan serta-merta oleh kerajaan untuk tiga projek pembangunan di daerah Kinabatangan.
Mengumumkan kelulusan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiga daripada empat permohonan yang dikemukakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin diluluskan dan akan disegerakan pembinaannya selepas ini.
Menurut Ismail Sabri, ketiga-tiga projek pembangunan itu ialah Dewan Serbaguna Pekan Kota Kinabatangan berjumlah RM6 juta, Pasar Awam Kota Kinabatangan (RM5 juta) dan Pusat Pelupusan Sampah (RM3 juta).
Sementara permohonan untuk menaiktaraf Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan pula, kata Ismail Sabri, akan diteliti terlebih dahulu sebelum diberikan kelulusan.
Semasa berucap pada majlis pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Zom Timur pada Sabtu, Perdana Menteri berkata, beliau mendengar dengan teliti ucapan Bung Moktar yang mengemukakan empat permohonan.
Dalam nada bergurau, Ismail Sabri berkata, beliau pasti tidak akan dapat pulang ke Kuala Lumpur tanpa meluluskan permohonan Bung Moktar.
"Saya mendengar ucapan Datuk Seri Bung Moktar tadi ada lagi peruntukan yang baru dipohon... jadi saya tak boleh balik Kuala Lumpur kalau tak luluskan projek ini," jelas Ismail Sabri.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Pelancaran Lebuhraya Pan Borneo Zon Timur Sabah, di Dataran Kinabatangan di sini, pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#tiga projek pembangunan
#Kinabatangan
#ismail sabri yaakob
#Bung Moktar Radin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan