awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 penduduk kampung di Kuala Krai terputus hubungan

Astro Awani
Astro Awani
25/12/2012
09:54 MYT
500 penduduk kampung di Kuala Krai terputus hubungan
Kira-kira 500 penduduk di Kampung Karangan dan Kampung Budi di sini terputus hubungan apabila jambatan yang merentas Sungai Kelantan ke kampung mereka ditenggelami air.
Ini berikutan hujan lebat di Hulu Kelantan sejak kebelakangan ini membuatkan jambatan sepanjang 300 meter penghubung kawasan berkenaan dengan Kampung Manjor ditenggelami air lebih lima meter.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Manjor Selatan, Che Mat Taib berkata kemungkinan paras air di kawasan jambatan mengambil masa panjang untuk surut.
"Berikutan itu, penduduk terpaksa menggunakan khidmat bot tambang untuk menyeberang sungai bagi melakukan segala urusan sama ada di Kuala Krai atau Gua Musang," katanya kepada pemberita.
Seorang penduduk, Ahmad Razi Draman, 39, berkata jambatan itu sememangnya berada pada kedudukan rendah dan ia mudah ditenggelami air sungai jika hujan lebat turun.
Beliau berkata permintaan sudah dibuat oleh penduduk kepada pihak berkenaan supaya jambatan konkrit lebih tinggi dibina namun ia belum berhasil.
Ahmad Razi berkata walaupun belum ada kejadian tidak diingini berlaku, perhatian sewajarnya diberi supaya kampung-kampung terlibat mendapat kemudahan perhubungan yang sempurna dan selamat.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kelantan
#Kuala Krai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan